Wednesday, March 10, 2010

Caj wad dimansuh


Penjawat awam,pesara dan keluarga terdekat akan mendapat kemudahan wad percuma di Hospital kerajaan berkuatkuasa 1 April 2010.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, lebih kurang 450,000 pesara akan menikmati kemudahan ini. Bagaimanapun, ianya tidak membabitkan kelas kelayakan wad yang diberikan berdasarkan kelas kelayakan atau gred akhir ketika masih berkhidmat. Bagi yang mahu menukar kelas kelayakan wad kepada yang lebih tinggi perlu membayar deposit dan caj wad seperti biasa.

Sebelum ini, hospital kerajaan mengenakan bayaran caj wad kepada penjawat awam, pesara dan keluarga terdekat mengikut caj yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment